Tawau Kini PENGAMPU masa kini

Tawaukini memecahkan DEMOKRASI alam maya tawau.

Discussion Forum - TAWAUKINI.NING.COM


Halaman Sensawang tawau-kini yang di rasmikan oleh Syed Hamid Albar telah mengaku di Fitnah oleh penghuni alam maya yang tak asing lagi iaitu FAROCK.
TAWAUKINI mencari PUBLISITI MURAHAN dengan kehebatan FAROCK apabila mengheboh-hebohkan web tersebut telah di fitnah . ia tak ubah seperti Kes SAIFUL Liwat, yang bermati-matian cuba mengaku di LIWAT walaupun doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusrawi telah membuktikan bahawa tiada kesan "tusukan benda keras" masuk ke dalam lubang duburnya.

tawau kini juga bermati-matian mengutuk Farock yang "melempar batu sembunyi tangan". sifat ni adalah Amat bertentangan dengan yang dingini oleh ADMIN penjilat dan pengampu yang sentiasa mengejar.. sesuatu

jika anda berkunjung ke blog TERSEBUT` di cuba berselindung dengan GAMBAR SYED AHMED ALBAR dan menjadikannya... sebagai TEMBOK di muka hadapan. HAIRAN kan!! kenapa
bukannya gambar si penulis BLOG tersebut???!!... yang mengaku IKHLAS dalam penyampaian!!



bersambung.. :-)..
*benarkah ada memaki tawau kini?
* artikel tawau-kini kearah mengampuria (di mana ada gula disitu ada semut)



Kementerian Kesihatan mengarahkan agar 11 buah sekolah di tiga daerah iaitu Tawau, Kunak dan Semporna, ditutup serta merta selama seminggu bermula kelmarin setelah beberapa pelajar di sekolah-sekolah terbabit dikesan terkena penyakit seperti Influenza (ILI) serta H1N1.

Sekolah-sekolah di Tawau yang diarah ditutup terdiri daripada sembilan buah sekolah iaitu SM Tinggi Cina, SM Teknik, SMK Abaka, SMK Jambatan Putih, SMK Kuhara, SMK Pasir Putih, SM St. Patrick, Sekolah Islamiah Tawau dan SMK Merotai.



Manakala dua sekolah lagi masing-masing terletak di Semporna dan Kunak iaitu SMK Datuk Panglima Abdullah 1 Semporna dan SK Kg. Selamat Kunak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr. Marzukhi Haji Md Isa berkata, ada di antara para pelajar terbabit yang kini sedang dirawat di hospital daerah masing-masing dan ada juga yang diarahkan supaya di rumah masing-masing di sepanjang tempoh tersebut.



Bagaimanapun begitu, beliau menasihatkan ibubapa dan orang ramai supaya tidak panik terhadap perkembangan terbaru tersebut, sebaliknya apa yang penting ialah memastikan mereka atau anak-anak mereka mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai komplikasi kluster ‘Influenza Like Illness’ (ILI).
Gejala-gejala tersebut ialah demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas, batuk atau kahak berdarah, sakit dada berterusan, cirit-birit atau muntah atau kedua-duanya dengan kerap, demam berterusan melebihi tiga hari atau kembali demam selepas tiga hari, berkelakuan ganjil, kurang respons pada rangsangan dan penting bila berdiri atau mengalami kurang air kencing.

Dalam hal sama, beliau sekali lagi meminta masyarakat supaya tidak panik sebaliknya menggalakkan mereka agar tidak menghadiri apa-apa perhimpunan serta menggunakan topeng muka dengan betul bagi mengelakkan jangkitan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pihaknya kini sedang menjalankan kajian lanjut berhubung perkembangan terbaru virus berkenaan di kesemua sekolah terbabit.

Sumber:tawaukini.com



Tawau: Berikutan kebakaran yang berlaku di Kampung Bagian Kunak Isnin lepas, pihak polis berjaya membongkar kegiatan penyeludupan rokok di kampung terbabit.

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M. Radzi Mahmod berkata, kesemua rokok tersebut didapati disembunyikan di dalam tanah sedalam kira-kira satu kaki, di tapak kebakaran terbabit.

Bagaimanapun katanya, kesemua rokok tersebut telahpun rosak akibat insiden yang memusnahkan 21 rumah di kampung itu.

M. Radzi berkata, beliau percaya perbuatan menyorok rokok-rokok berkenaan telah dilakukan oleh penyeludup di kampung berkenaan, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pihaknya katanya akan menjalankan siasatan berhubung penemuan tersebut dan akan cuba mengenal-pasti suspek yang terlibat.



Thursday, March 19, 2009

Letakkan link anda di sini

sekiranya anda berminat untuk meningkatka PR blog Anda dan ingin meletakkan Link Blog anda di sini, Sila tinggalkan Komen atau kirimkan email ke Tawaukini(@)gmail.com


Terima kasih

Tawaukini Blogspot
mailto:Tawaukini(@)gmail.com