Tawau Kini PENGAMPU masa kini

Tawaukini memecahkan DEMOKRASI alam maya tawau.

Discussion Forum - TAWAUKINI.NING.COM



Kementerian Kesihatan mengarahkan agar 11 buah sekolah di tiga daerah iaitu Tawau, Kunak dan Semporna, ditutup serta merta selama seminggu bermula kelmarin setelah beberapa pelajar di sekolah-sekolah terbabit dikesan terkena penyakit seperti Influenza (ILI) serta H1N1.

Sekolah-sekolah di Tawau yang diarah ditutup terdiri daripada sembilan buah sekolah iaitu SM Tinggi Cina, SM Teknik, SMK Abaka, SMK Jambatan Putih, SMK Kuhara, SMK Pasir Putih, SM St. Patrick, Sekolah Islamiah Tawau dan SMK Merotai.



Manakala dua sekolah lagi masing-masing terletak di Semporna dan Kunak iaitu SMK Datuk Panglima Abdullah 1 Semporna dan SK Kg. Selamat Kunak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr. Marzukhi Haji Md Isa berkata, ada di antara para pelajar terbabit yang kini sedang dirawat di hospital daerah masing-masing dan ada juga yang diarahkan supaya di rumah masing-masing di sepanjang tempoh tersebut.



Bagaimanapun begitu, beliau menasihatkan ibubapa dan orang ramai supaya tidak panik terhadap perkembangan terbaru tersebut, sebaliknya apa yang penting ialah memastikan mereka atau anak-anak mereka mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai komplikasi kluster ‘Influenza Like Illness’ (ILI).
Gejala-gejala tersebut ialah demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas, batuk atau kahak berdarah, sakit dada berterusan, cirit-birit atau muntah atau kedua-duanya dengan kerap, demam berterusan melebihi tiga hari atau kembali demam selepas tiga hari, berkelakuan ganjil, kurang respons pada rangsangan dan penting bila berdiri atau mengalami kurang air kencing.

Dalam hal sama, beliau sekali lagi meminta masyarakat supaya tidak panik sebaliknya menggalakkan mereka agar tidak menghadiri apa-apa perhimpunan serta menggunakan topeng muka dengan betul bagi mengelakkan jangkitan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pihaknya kini sedang menjalankan kajian lanjut berhubung perkembangan terbaru virus berkenaan di kesemua sekolah terbabit.

Sumber:tawaukini.com

3 comments:

goo said...

aaaaaaaaaaaaaa saqasa

Anonymous said...

salmz
http://romei.wordpress.com/2009/02/28/memperbaiki-harddisk-terkena-bad-sector/

angelkelaba1234@gmail.com said...

Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^

Post a Comment