Tawau Kini PENGAMPU masa kini

Tawaukini memecahkan DEMOKRASI alam maya tawau.

Discussion Forum - TAWAUKINI.NING.COM

Saturday, August 15, 2009

Tawau kini penjilat ketandusan Idea



sekadar gambar hiasan


Blog penjilat tawau atau lebih di kenali sebagai "TAWAU_KINI" ketandusan idea untuk mengampu, apabila mengeluarkan post untuk meburuk-burukkan para pengunjung


sekaligus cuba berselindung dengan content2 yang berbaur penjilat dan pengampu yang terkandung pada blog tersebut . Ini merupakan kali ke-2 TAWAUKINI memburuk-burukkan pengunjungnya & komentarnya. (rujuk gambar sebelah)

di harap the reporter sedar, bahawa di alam maya nie ada bermacam-macam perangai dan menghadapinya dengan tenang.
KETEGASAN pembaca dan komentar adalah Bukti mereka menolak sifat mengampu2 yang jadi kunci kejayaan anda..

alangkah malangnya The reporter bila


Piha



Kementerian Kesihatan mengarahkan agar 11 buah sekolah di tiga daerah iaitu Tawau, Kunak dan Semporna, ditutup serta merta selama seminggu bermula kelmarin setelah beberapa pelajar di sekolah-sekolah terbabit dikesan terkena penyakit seperti Influenza (ILI) serta H1N1.

Sekolah-sekolah di Tawau yang diarah ditutup terdiri daripada sembilan buah sekolah iaitu SM Tinggi Cina, SM Teknik, SMK Abaka, SMK Jambatan Putih, SMK Kuhara, SMK Pasir Putih, SM St. Patrick, Sekolah Islamiah Tawau dan SMK Merotai.



Manakala dua sekolah lagi masing-masing terletak di Semporna dan Kunak iaitu SMK Datuk Panglima Abdullah 1 Semporna dan SK Kg. Selamat Kunak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr. Marzukhi Haji Md Isa berkata, ada di antara para pelajar terbabit yang kini sedang dirawat di hospital daerah masing-masing dan ada juga yang diarahkan supaya di rumah masing-masing di sepanjang tempoh tersebut.



Bagaimanapun begitu, beliau menasihatkan ibubapa dan orang ramai supaya tidak panik terhadap perkembangan terbaru tersebut, sebaliknya apa yang penting ialah memastikan mereka atau anak-anak mereka mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai komplikasi kluster ‘Influenza Like Illness’ (ILI).
Gejala-gejala tersebut ialah demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas, batuk atau kahak berdarah, sakit dada berterusan, cirit-birit atau muntah atau kedua-duanya dengan kerap, demam berterusan melebihi tiga hari atau kembali demam selepas tiga hari, berkelakuan ganjil, kurang respons pada rangsangan dan penting bila berdiri atau mengalami kurang air kencing.

Dalam hal sama, beliau sekali lagi meminta masyarakat supaya tidak panik sebaliknya menggalakkan mereka agar tidak menghadiri apa-apa perhimpunan serta menggunakan topeng muka dengan betul bagi mengelakkan jangkitan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pihaknya kini sedang menjalankan kajian lanjut berhubung perkembangan terbaru virus berkenaan di kesemua sekolah terbabit.

Sumber:tawaukini.com



Tawau: Berikutan kebakaran yang berlaku di Kampung Bagian Kunak Isnin lepas, pihak polis berjaya membongkar kegiatan penyeludupan rokok di kampung terbabit.

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M. Radzi Mahmod berkata, kesemua rokok tersebut didapati disembunyikan di dalam tanah sedalam kira-kira satu kaki, di tapak kebakaran terbabit.

Bagaimanapun katanya, kesemua rokok tersebut telahpun rosak akibat insiden yang memusnahkan 21 rumah di kampung itu.

M. Radzi berkata, beliau percaya perbuatan menyorok rokok-rokok berkenaan telah dilakukan oleh penyeludup di kampung berkenaan, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pihaknya katanya akan menjalankan siasatan berhubung penemuan tersebut dan akan cuba mengenal-pasti suspek yang terlibat.



Wednesday, July 1, 2009

PENUNGGANG PARAH, MOTOSIKAL REMPUH LORI


TAWAU: Seorang penunggang motosikal cedera parah setelah motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori kontena di Kilometer 1, Jalan Kuhara Tawau, kira-kira jam 3.00 petang kelmarin (Selasa).


Lelaki terbabit yang dipercayai seorang anggota polis di Jabatan Pelabuhan Tawau, difahamkan mengalami cedera teruk di bahagian kepala dan masih berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke Hospital Besar Tawau.


Menurut saksi, mangsa yang sedang menghala ke arah bandar Tawau dilihat gagal mengawal motosikalnya apabila sebuah lori kontena tiba-tiba melintas ke arah satu simpang di hadapan mangsa, sekaligus menyebabkan motosikal yang ditunggangi merempuh bahagian belakang lori terbabit.


Pihak polis kemudiannya turut dipanggil ke lokasi kejadian.



sumber: tawaukini.com

Friday, February 6, 2009

TAWAU KINI

Tawau kini Laman Best